Inspire Beverage Business

Search

Resepi Coconut Shake Klebang Sedap (Versi MIX-LAH)

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Coconut Shake Klebang

serbuk-coconut

3 sudu besar serbuk MIX-LAH

susu-cair

1 sudu kecil susu cair

vanilla-ice-cream

2 scoop aiskrim vanilla

ice-cube

Ais Kiub secukupnya

water-jug

Air secukupnya

instant-pearl

1 sudu besar instant pearl

Cara Penyediaan

Sudahlah terik pukul 12 tengah hari. Dalam kereta pasang air cond pun terasa panas. Kerja duk dalam office pun terasa panas. Apalagi yang kerja tak ada aircond. Siaplah mandi peluh dan dahaga. Panas-panas macam gini memang lebih puas kalau dapat minum yang sejuk-sejuk.

Coconut shake lah pilihannya! Konfirm boleh hilangkan dahaga anda. Rasai segar air kelapa dan isinya yang anda sedut terus masuk ke dalam tekak anda. Membuat tenaga anda seperti diisi kembali. Rasa manis dan kental aiskrim vanilla. Pergh sedap gila!

Kalau nak dapat coconut shake klebang ni nak kena ke melaka. Apakata kalau anda cuba buat pulak di rumah. Kami kembali lagi dengan resepi baru. Haaaa.. kali ni kami buat versi Mixlah pula. Sila tonton & jangan lupa turn ON suara/sound ye?

Bahan Hiasan

1 Scoop Ais Krim Vanila, Chocolate Chip

Cara Penyediaan

– Masukkan ais ketul secukupnya ke dalam blender.

– Masukkan 3 sudu besar Serbuk Coconut Mixlah , 1 sudu kecil susu pekat dan kemudian kisar hingga hancur.

– Kemudian masukan 1 scoop ais krim vanilla kemudian kisar seketika.

– Masukan Instant Pearl kedalam gelas/cawan

– Tuang Coconut shake tadi kedalam gelas/cawan

– Sebagai hiasan, letak ais krim vanila diatas coconut shake tadi dan tabur chocolate untuk Nampak lebih menyelerakan.

– Kalau ada isi dan air kelapa blend sekali lagi sedap.

– Dah siap, sedia untuk diminum.

*boleh cuba untuk buat makan / buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Post

Resepi Aiskrim Malaysia Durian Rainbow

Resepi Aiskrim Malaysia Durian Rainbow

https://www.youtube.com/watch?v=IMeeNOUs4jU Aiskrim Malaysia, sebut sahaja aiskrim malaysia pasti ramai terbayang akan kesedapannya, ada yang manis lemak berkrim disukai ramai, ada

Resepi Mudah dan Ringkas Air Jagung Keladi Viral

Resepi Mudah dan Ringkas Air Jagung Keladi Viral

https://www.youtube.com/watch?v=qFGyvPAdemg Air Jagung Keladi Viral merupakan minuman yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Antara minuman viral yang pernah kita

Cara memilih mesin pengisar atau blender

Cara memilih mesin pengisar atau blender

Mesin Pengisar atau Blender merupakan salah satu perkakas rumah yang wajib ada bagi setiap keluarga. Blender adalah satu peranti untuk

5 Resepi Air Balang Viral untuk Ramadan 2025

5 Resepi Air Balang Viral untuk Ramadan 2025

Ramadan bakal tiba lagi! Bulan yang penuh keberkatan ini semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Selain beribadah, juadah berbuka puasa

Resepi Hazelnut Chocolate Ice Blended Cheese

Resepi Hazelnut Chocolate Ice Blended Cheese

https://www.youtube.com/watch?v=rkZkj-fgoyE Hazelnut Chocolate Ice blended merupakan perisa minuman yang tidak asing lagi dalam kalangan ice blended dan milkshake ini. Boleh

Follow us on Facebook:

Product Enquiry