Inspire Beverage Business

Search

Cara Buat Aiskrim Tealive Boba Milk Tea cara MIX-LAH

Pernah rasa aiskrim Tealive Boba? Kalau belum cuba pergi la kedai-kedai berdekatan yang ada jual Ais Krim Walls. 
 
Syarikat minuman Tealive sekali lagi buat kejutan dengan mengeluarkan produk Ais Krim mereka yang pertama bekerjasama dengan syarikat Walls Malaysia.
 
So setelah admin cuba Ais Krim Tealive tu. Admin nak cuba buat Ais Krim  ala Tealive boba Milk Tea ni dengan cara MIX-LAH dengan menggunakan serbuk Brown Sugar Milk Tea.
 
Di sini admin kongsi kan Resepi Ais Krim Tealive Boba Milk Tea dengan menggunakan produk Ice Blended and Milkshake powder by MIX-LAH

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Ais Krim Tealive Boba Milk Tea

whip-krim

150ml whip krim

susu-cair

20ml susu pekat

brown-sugar-milk-tea-powder

100g serbuk MIX-LAH Brown Sugar Milk Tea

susu

Susu segar/ UHT dipanaskan

boba-web

1 cawan boba pearl

water-jug

500ml air

Cara Penyediaan

📍Cara Penyediaan:

-Panaskan susu segar/UHT 100ml, masukkan 100g serbuk MIX-LAH Brown Sugar Milk Tea dan kacau sebati. Masukkan susu pekat dan kacau.

-Putar 150ml whipping cream dalam mangkuk, hingga kembang dan gebu. Masukkan adunan Brown Sugar Milk Tea. Putar sebati.

-Letak adunan dalam container/ plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

-Keluarkan Ais krim yang setengah cair, putar sekejap jadikan cair. Simpan dalam peti sejuk. (proses ni akan jadikan ais krim tekstur lembut dan sedap).

-Masak boba dengan 500ml air yang mendidih selama 20min. Tapis dan buang air. Rendam dalam sirup.

-Boleh masukkan ais krim dalam piping bag, picit dalam cawan.Letak boba masak ke dalam dalam ais krim. Siap dihidang.

*boleh cuba untuk buat makan / buat niaga pun boleh. semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

2 Responses

  1. Tapi resepi kalau ada air mesti aiskrim rasa berais. Tak creamy sgt kan. Sebab tgk master chef, deme kalau buat aiskrim 100% guna krim.

    1. Betul tu miss, aiskrim kita lebih suggest gunakan susu full cream so texture dia lagi sedap dan berkrim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Post

Oolong Tea: Varieties, Benefits, and Brewing

Oolong Tea: Varieties, Benefits, and Brewing

Oolong tea, a fascinating semi-fermented tea hailing from China, offers a delightful range of flavors and potential health benefits.  From

Smoothie Rose atau Sirap Bandung dengan Kurma

Smoothie Rose atau Sirap Bandung dengan Kurma

https://www.youtube.com/watch?v=s3ty_BgZo0A Bahan-Bahan 6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Smoothie Rose Bandung Kurma 4 Sudu Serbuk Rose Bandung Mix-Lah 5 biji Kurma

Resepi Air Balang menggunakan serbuk MIX-LAH Ice Blended

Resepi Air Balang menggunakan serbuk MIX-LAH Ice Blended

https://www.youtube.com/watch?v=KqmQqv26P0c Air Balang merupakan perniagaan yang sangat sinonim di Malaysia. Bila tiba Bulan Ramadan, perniagaan Air Balang adalah perniaagan yang

Resepi Golden Boba Dengan Vanilla Ice Blended

Resepi Golden Boba Dengan Vanilla Ice Blended

Trend Sekarang Air Minuman Bubble Bee. Kami pun apa lagi ingin mencuba juga. Ada produk baru Golden Tapioca Pearls (Golden

Resepi Aiskrim Kek dari SEMINIT RESEPI

Resepi Aiskrim Kek dari SEMINIT RESEPI

https://www.youtube.com/watch?v=9yUgw1vO0Cs&t Ais Krim Kek boleh dikatakan ramai yang suka kerana rasanya yang tidak muak dan siapa yang tak suka ais

Follow us on Facebook:

Product Enquiry