Inspire Beverage Business

Search

Cara buat Topping Syrup Homemade selain Topping Coklat

syrup home made banner
Peranan Topping Syrup Minuman sgt penting untuk memastikan minuman ice blended anda nampak lebih menarik dan tertarik. Tetapi untuk menjadikan syrup yang anda gunakan itu lain dari yang lain selalunya dilakukan secara homemade.
 
Selain dari Topping Coklat homemade anda jugak boleh cuba Topping Syrup Homemade yang lain. Disini admin nak kongsikan 3 Resepi Homemade Topping Syrup yang mudah dan ringkas sesuai untuk anda buat dan guna untuk minuman anda atau untuk perniagaan minuman ice blended anda. 

Resepi Caramel Syrup

📍 Bahan-bahan

  • 160ml whipping cream
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar garam
  • 45ml air

 

📍 Cara Penyediaan

  1. Buka api perlahan dan masukkan 2 cawan gula dan 45ml air dan biar ia larut sendiri
  2. Masukkan 160ml whipping cream sambil kacau larutan gula
  3. Kemudian masukkan 3 sudu besar butter dan 1 sudu besar garam dan kacau sehingga sebati
  4. Biarkan caramel syrup sejuk dan boleh tuangkan kedalam jar.
  5. Siap untuk dihidang

Resepi Dulce De Leche | Caramel Susu Pekat

📍 Bahan-bahan

  • 50gm gula
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu besar Butter
  • 80ml susu segar

 

📍 Cara Penyediaan

  1. Masukkan 50gm gula kedalam pan dan kacau dengan api perlahan sehingga gula larut
  2. Masukkan 3 sudu besar butter dan kacau sehingga butter cair dan mendidih
  3. Tuangkan 80ml susu segar dan masukkan susu pekat dengan api yang perlahan dan terus kacau hingga menjadi pekat dan sebati
  4. Siap untuk dihidang

Resepi Syrup Pandan

📍 Bahan-bahan

  • 2 cawan air
  • 1 ikat daun pandan
  • 500g gula pasir

 

📍 Cara Penyediaan

  1. Rebus daun pandan sampai mendidih
  2. Masukkan gula pasir dan biar larut sendiri
  3. Perlahankan api
  4. Keluarkan daun pandan dan sejukkan
  5. Tuang dalam bekas pilihan
  6. Jika suka, boleh warnakan syrup mengikut citarasa anda
  7. Siap untuk dihidang

 

* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Post

5 Resepi Air Balang Viral untuk Ramadan 2025

5 Resepi Air Balang Viral untuk Ramadan 2025

Ramadan bakal tiba lagi! Bulan yang penuh keberkatan ini semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Selain beribadah, juadah berbuka puasa

3 jenis bisnes yang anda boleh buat dari rumah masa PKP

3 jenis bisnes yang anda boleh buat dari rumah masa PKP

https://www.youtube.com/watch?v=fw8ZCCaPnVoKetika PKP 2.0 dah bermula, ramai yang dah mula work from home, dan ramai juga yang terjejas pendapatan dan  bercadang

Easy way to make Soft Serve Ice Cream

Easy way to make Soft Serve Ice Cream

Ice Cream Soft serve recipes make a breakthrough on Google search page results since soft serve ice cream is a

Resepi Special Unicorn Ice Blended

Resepi Special Unicorn Ice Blended

https://www.youtube.com/watch?v=BB1_TD3wxX8&t Bahan-Bahan 6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Unicorn Ice Blended Whip krim Serbuk Blue Ice MIX-LAH Serbuk Popcorn Caramel MIX_LAH

What Is Green Tea Matcha Latte & Types of Drink Recipes

What Is Green Tea Matcha Latte & Types of Drink Recipes

Matcha or Green Tea both come from the Camellia sinensis plant, which is native to China. However, the grown Green Tea, the

Follow us on Facebook:

Product Enquiry