Inspire Beverage Business

Search

Cara buat Topping Syrup Homemade selain Topping Coklat

πŸ’¬ Share
syrup home made banner
Peranan Topping Syrup Minuman sgt penting untuk memastikan minuman ice blended anda nampak lebih menarik dan tertarik. Tetapi untuk menjadikan syrup yang anda gunakan itu lain dari yang lain selalunya dilakukan secara homemade.
Β 
Selain dari Topping Coklat homemade anda jugak boleh cuba Topping Syrup Homemade yang lain. Disini admin nak kongsikan 3 Resepi Homemade Topping Syrup yang mudah dan ringkas sesuai untuk anda buat dan guna untuk minuman anda atau untuk perniagaan minuman ice blended anda.Β 

Resepi Caramel Syrup

πŸ“ Bahan-bahan

  • 160ml whipping cream
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar garam
  • 45ml air

Β 

πŸ“ Cara Penyediaan

  1. Buka api perlahan dan masukkan 2 cawan gula dan 45ml air dan biar ia larut sendiri
  2. Masukkan 160ml whipping cream sambil kacau larutan gula
  3. Kemudian masukkan 3 sudu besar butter dan 1 sudu besar garam dan kacau sehingga sebati
  4. Biarkan caramel syrup sejuk dan boleh tuangkan kedalam jar.
  5. Siap untuk dihidang

Resepi Dulce De Leche | Caramel Susu Pekat

πŸ“ Bahan-bahan

  • 50gm gula
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu besar Butter
  • 80ml susu segar

Β 

πŸ“ Cara Penyediaan

  1. Masukkan 50gm gula kedalam pan dan kacau dengan api perlahan sehingga gula larut
  2. Masukkan 3 sudu besar butter dan kacau sehingga butter cair dan mendidih
  3. Tuangkan 80ml susu segar dan masukkan susu pekat dengan api yang perlahan dan terus kacau hingga menjadi pekat dan sebati
  4. Siap untuk dihidang

Resepi Syrup Pandan

πŸ“ Bahan-bahan

  • 2 cawan air
  • 1 ikat daun pandan
  • 500g gula pasir

Β 

πŸ“ Cara Penyediaan

  1. Rebus daun pandan sampai mendidih
  2. Masukkan gula pasir dan biar larut sendiri
  3. Perlahankan api
  4. Keluarkan daun pandan dan sejukkan
  5. Tuang dalam bekas pilihan
  6. Jika suka, boleh warnakan syrup mengikut citarasa anda
  7. Siap untuk dihidang

Β 

* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami diΒ FACEBOOK,Β INSTAGRAMΒ dan jugaΒ SHOPEE

Keep Exploring

More F&B Business Guides & Recipes

Soft serve ice cream is no longer exclusive to big fast-food chains or massive franchises. Whether you run an aesthetic cafe, a

Bahan-Bahan 5 Bahan diperlukan dalam menyediakan Belgian Chocolate & French Vanilla Ice Blended Serbuk Mix-Lah Belgian Chocolate Susu Segar/ UHT Serbuk Mix-Lah

Discover 4 quick and easy ice-blended recipes for 2024! From classic flavors to trending, indulge in refreshing delights. Perfect for any occasion,