Inspire Beverage Business

Search

Resepi Air Balang menggunakan serbuk MIX-LAH Ice Blended

Air Balang merupakan perniagaan yang sangat sinonim di Malaysia. Bila tiba Bulan Ramadan, perniagaan Air Balang adalah perniaagan yang sangat laku keras samada berniaga di Bazar Ramadan, Depan Rumah mahupun di tepi jalan.

Oleh itu, ramai mula buat persediaan untuk berniaga untuk tambah pendapatan dengan bisnes Air Balang.

BACA : 7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Sesuai Untuk Berniaga

Kenapa Air Balang? Sebab ianya sememangnya ada permintaan dan memang orang akan cari bila tiba di pasar malam, pesta, karnival atau di bazar-bazar Ramadan. Tambahan lagi bila cuaca panas untuk bulan biasa dan dibeli untuk berbuka puasa dengan air manis kan. Memang berebut la orang cari. Jadi ianya tidak timbul, ada ke orang beli air balang ni nanti? Sebab memang orang cari.

Untuk memulakan bisnes Air Balang ini anda mesti kena tahu Sukatan serta Resepi yang betul untuk membuatkan pelanggan anda setia untuk beli dengan anda sepanjang bulan Puasa yang bakal tiba ini.

Ada yang tanya admin boleh ka serbuk MIX-LAH Ice blended buat Air Balang? Mestilah BOLEH!!!

Dekat sini admin kongsikan Resepi Air Balang Teh Ais Cincau dengan menggunakan Serbuk MIX-LAH Thai Milk Tea.

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Air Balang Thai Milk Tea

susu-cair

Susu Sejat / Cair 1 Tin

Susu Pekat 1/2 Tin

ice-cube

Ais Batu 4kg

cincau

Cincau Secukupnya

water-jug

Air 4 Liter (3L Air Panas + 1L Air Biasa)

Cara Penyediaan

📍Bahan Tambahan:

Tambahkan secubit Garam untuk rasa lebih berlemak

📍Cara Penyediaan :

1. Masukkan 1kg serbuk MIX-LAH Thai Milk Tea

2. Masukkan Air Panas 3 Liter kacau sehingga larut dan masukan 1 Liter Air Biasa

3. Masukkan Susu Sejat/Cair 1 Tin & Susu Pekat 1/2 Tin kacau sehingga sebati

4. Masukan secubit Garam (tak nak letak pun boleh)

5. Masukkan Air Batu dan akhir skali masukan Cincau secukupnya

6. Siap untuk dihidang

 

Ada yang tanya untung ke jika pakai Serbuk Ice Blended buat Air Balang?

Ya UNTUNG! modal untuk satu resepi air Balang adalah RM30 termasuk (Serbuk Ice Blended MIX-LAH, Cincau, Susu Pekat, Susu Cair, Ais Batu dan Cup)

  • 1 Pack MIX Ice Blended – Dapat 30-36 Cup
  • Satu Cup cost – RM0.83 – RM1
  • Harga Jual – RM2 – RM3

 

* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Post

Resepi Special Ice Blended Brown Sugar Milk Tea

Resepi Special Ice Blended Brown Sugar Milk Tea

https://www.youtube.com/watch?v=tTpr9mGFGr0 Bahan-Bahan 5 Bahan diperlukan dalam menyediakan Ice Blended Brown Sugar Milk Tea dan 2 Bahan hiasan untuk menampakan minuman

Resepi Sticky Milk Mudah Pelbagai Perisa Trend Ais Susu Kental

Resepi Sticky Milk Mudah Pelbagai Perisa Trend Ais Susu Kental

https://www.youtube.com/watch?v=P64qQPwXbRsPernah dengar tentang Air Sticky Milk, Air Lova, atau dikenali juga sebagai Ais Kental? Minuman Thai Street Food ini semakin

What Is Green Tea Matcha Latte & Types of Drink Recipes

What Is Green Tea Matcha Latte & Types of Drink Recipes

Matcha or Green Tea both come from the Camellia sinensis plant, which is native to China. However, the grown Green Tea, the

Oolong Tea: Varieties, Benefits, and Brewing

Oolong Tea: Varieties, Benefits, and Brewing

Oolong tea, a fascinating semi-fermented tea hailing from China, offers a delightful range of flavors and potential health benefits.  From

Topping Drinks: Enhancing Your Beverage Business

Topping Drinks: Enhancing Your Beverage Business

https://www.youtube.com/watch?v=I5AEwTrUoig&list=PLaAa0Qehjdhuob6pkiMsoT-nq4Tm4Pb3k&index=8Are you tired of the same old plain beverages? Looking for a way to add a touch of excitement and

Follow us on Facebook:

Product Enquiry