Inspire Beverage Business

Search

Resepi Onde Onde Ice Blended ala-ala Tealive

💬 Share

Onde Onde Ice Blended & Onde Onde milkshake merupakan minuman yang tengah trend sekarang. Minuman ini membangkitkan nostalgia Kuih Onde Onde dalam versi minuman. Rasa minuman ini menjadi lebih sedap apabila dicampurkan serbuk biskut kelapa dan Campuran Boba Pearl bersama Brown Sugar Syrup menjadikan minuman ini terasa lemak manis seperti kuih Onde Onde.   

Korang tahu tak dengan Serbuk Pandan Coconut MIX-LAH pun korang boleh buat sendiri Onde Onde Ice blended ini. Para peniaga Ice Blended & Milkshake patut cuba Onde Onde Ice Blended & Milkshake ini dalam menu special anda!

Di sini admin kongsikan resepi Onde Onde Ice Blended & Onde Onde milkshake untuk anda semua.

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Onde Onde Ice blended

boba-web

Boba Pearls

pandan coconut powder 28 sept 2021

Serbuk Pandan Coconut

biskut kelapa

Biskut Kelapa

ice-cube

Ais Batu

susu

Susu Segar / UHT

brown-sugar-syrup

Brown Sugar Syrup

Cara Penyediaan

📍Bahan Hiasan:

Biskut Kelapa, Brown Sugar Syrup

📍Cara Penyediaan Onde Onde Ice Blended:

1. Masukkan 1 Cawan Ais, 1/2 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk  Pandan Coconut dan 1 Sudu Serbuk Biskut Kelapa kedalam blender

2. Blend semua bahan tadi sehingga rata

3. Hiaskan Cup dengan Brown Sugar Syrup

4. Masukan Boba Pearls dan Ice Blended kedalam Cup

5. Tabur kan Serbuk Kelapa diatas minuman sebagai Topping

6. Siap untuk dihidang

📍Cara Penyediaan Onde Onde Milkshake:

1. Masukkan 1/2 Cawan Ais, 3/4 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk  Pandan Coconut kedalam botol shaker

2. Shake kesemua bahan tadi sehingga sebati

3. Hiaskan Cup dengan Brown Sugar Syrup

4. Masukan Boba Pearls dan Milkshake kedalam Cup

5. Tabur kan Serbuk Kelapa diatas minuman sebagai Topping

6. Siap untuk dihidang

* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE

Keep Exploring

More F&B Business Guides & Recipes

https://www.youtube.com/watch?v=fw8ZCCaPnVoKetika PKP 2.0 dah bermula, ramai yang dah mula work from home, dan ramai juga yang terjejas pendapatan dan bercadang ingin tambah

https://www.youtube.com/watch?v=P64qQPwXbRs Pernah dengar tentang Air Sticky Milk, Air Lova, atau dikenali juga sebagai Ais Kental? Minuman Thai Street Food ini semakin popular

https://www.youtube.com/watch?v=IO1FFvArxKI Bahan-Bahan 4 Bahan diperlukan dalam menyediakan Dessert Lotus Biscoff Tiramisu Serbuk Tiramisu MIX-LAH 30g Lotus Biscoff Crumb 30g Cream Cheese 100g