Inspire Beverage Business

Search

Resepi Air Balang menggunakan serbuk MIX-LAH Ice Blended

Air Balang merupakan perniagaan yang sangat sinonim di Malaysia. Bila tiba Bulan Ramadan, perniagaan Air Balang adalah perniaagan yang sangat laku keras samada berniaga di Bazar Ramadan, Depan Rumah mahupun di tepi jalan.

Oleh itu, ramai mula buat persediaan untuk berniaga untuk tambah pendapatan dengan bisnes Air Balang.

BACA : 7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Sesuai Untuk Berniaga

Kenapa Air Balang? Sebab ianya sememangnya ada permintaan dan memang orang akan cari bila tiba di pasar malam, pesta, karnival atau di bazar-bazar Ramadan. Tambahan lagi bila cuaca panas untuk bulan biasa dan dibeli untuk berbuka puasa dengan air manis kan. Memang berebut la orang cari. Jadi ianya tidak timbul, ada ke orang beli air balang ni nanti? Sebab memang orang cari.

Untuk memulakan bisnes Air Balang ini anda mesti kena tahu Sukatan serta Resepi yang betul untuk membuatkan pelanggan anda setia untuk beli dengan anda sepanjang bulan Puasa yang bakal tiba ini.

Ada yang tanya admin boleh ka serbuk MIX-LAH Ice blended buat Air Balang? Mestilah BOLEH!!!

Dekat sini admin kongsikan Resepi Air Balang Teh Ais Cincau dengan menggunakan Serbuk MIX-LAH Thai Milk Tea.

Bahan-Bahan

6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Air Balang Thai Milk Tea

susu-cair

Susu Sejat / Cair 1 Tin

Susu Pekat 1/2 Tin

ice-cube

Ais Batu 4kg

cincau

Cincau Secukupnya

water-jug

Air 4 Liter (3L Air Panas + 1L Air Biasa)

Cara Penyediaan

📍Bahan Tambahan:

Tambahkan secubit Garam untuk rasa lebih berlemak

📍Cara Penyediaan :

1. Masukkan 1kg serbuk MIX-LAH Thai Milk Tea

2. Masukkan Air Panas 3 Liter kacau sehingga larut dan masukan 1 Liter Air Biasa

3. Masukkan Susu Sejat/Cair 1 Tin & Susu Pekat 1/2 Tin kacau sehingga sebati

4. Masukan secubit Garam (tak nak letak pun boleh)

5. Masukkan Air Batu dan akhir skali masukan Cincau secukupnya

6. Siap untuk dihidang

 

Ada yang tanya untung ke jika pakai Serbuk Ice Blended buat Air Balang?

Ya UNTUNG! modal untuk satu resepi air Balang adalah RM30 termasuk (Serbuk Ice Blended MIX-LAH, Cincau, Susu Pekat, Susu Cair, Ais Batu dan Cup)

  • 1 Pack MIX Ice Blended – Dapat 30-36 Cup
  • Satu Cup cost – RM0.83 – RM1
  • Harga Jual – RM2 – RM3

 

* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOKINSTAGRAM dan juga SHOPEE

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Post

What is Coffee? Definition of Coffee

What is Coffee? Definition of Coffee

Coffee Beans Coffee, an aromatic cup of dark black liquid with a bitter taste. Old folks always say "the bitter

Tips Untuk Rasa Boba & Golden Pearls yang Padu & Sedap

Tips Untuk Rasa Boba & Golden Pearls yang Padu & Sedap

https://www.youtube.com/watch?v=rRwT1ywTovE&t Bahan-bahan yang sesuai digunakan dalam menyediakan Black Boba Tapioca Brown Sugar Syrup Gula Melaka Molasses Longan Honey Black Boba

3 Resepi Minuman Cafe Menggunakan Serbuk MIX-LAH

3 Resepi Minuman Cafe Menggunakan Serbuk MIX-LAH

https://www.youtube.com/watch?v=z_U-9n4cr8E Sempena Promosi 11.11 bagi tahun 2021 kali ini. GFB Food Mengadakan Sesi FB Live dan Shopee Live Bersama Barista

Resepi Ice Blended Biscoff Espresso Yang Mudah & Senang

Resepi Ice Blended Biscoff Espresso Yang Mudah & Senang

https://www.youtube.com/watch?v=rA_L2ahdQY4 Bahan-Bahan 5 Bahan diperlukan dalam menyediakan Ice Blended Biscoff Espresso Serbuk Espresso MIX-LAH 30g Ais batu 1 Gelas Whipping

Cara Buat Aiskrim Tealive Boba Milk Tea cara MIX-LAH

Cara Buat Aiskrim Tealive Boba Milk Tea cara MIX-LAH

https://www.youtube.com/watch?v=WlM5X6Yb37YPernah rasa aiskrim Tealive Boba? Kalau belum cuba pergi la kedai-kedai berdekatan yang ada jual Ais Krim Walls.  Syarikat minuman Tealive

Follow us on Facebook:

Product Enquiry