Inspire Beverage Business

Search

Resepi Mudah dan Ringkas Air Jagung Keladi Viral

💬 Share

Air Jagung Keladi Viral merupakan minuman yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Antara minuman viral yang pernah kita dengar seperti Air Jagung Ketagih, Air Jagung Balang, Air Jagung Viral dan macam-macam lagi.

Untuk kali ini, kami ingin berkongsi bersama anda resepi mudah dan ringkas Air Jagung Viral dengan sedikit kelainan iaitu ditambah pula dengan perisa keladi untuk mendapatkan rasa yang lebih unik dan sedap. Admin dah cuba resepi ini dan memang ada rasa kelainannya.

Di sini admin kongsikan resepi mudah dan ringkas Air Jagung Keladi Viral untuk anda semua.

Bahan-Bahan

8 Bahan diperlukan dalam menyediakan Air Jagung Keladi Viral

serbuk yam

Serbuk Yam/Keladi

serbuk jagung

Serbuk Jagung

rainbow jelly

Rainbow Jelly

cornflakes

Cornflakes

ice-cube

Ais Batu

susu

Susu Segar / UHT

whipping-cream-spray

Whipping Cream

coklat-rice

Chocolate Rice

Cara Penyediaan

📍Bahan Hiasan:

Rainbow Jelly, Whipping Cream, Cornflakes, Chocolate Rice

📍Cara Penyediaan:

  1. Masukkan 1/2 Cawan Ais, 1/2 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk Jagung MIXLAH kedalam blender
  2. Blend semua bahan tadi sehingga rata dan Tuang Kedalam Gelas
  3. Masukkan Rainbow Jelly kedalam gelas
  4. Ulang semula masukkan 1/2 Cawan Ais, 1/2 Cawan Susu, 3 Sudu Serbuk Yam/Keladi MIXLAH kedalam blender
  5. Blend semua bahan tadi sehingga rata dan Tuang Kedalam Gelas yang sama
  6. Hiaskan Whipping Cream diatas minuman tersebut
  7. Taburkan Cornflake dan Chocolate Rice diatas minuman sebagai Topping
  8. Siap untuk dihidang

* semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan juga SHOPEE

Keep Exploring

More F&B Business Guides & Recipes

Bahan-Bahan 6 Bahan diperlukan dalam menyediakan Coconut Shake Klebang 3 sudu besar serbuk MIX-LAH 1 sudu kecil susu cair 2 scoop aiskrim

https://www.youtube.com/watch?v=uThfJ_mtdDQTertiba terasa nak minum cendol Pak Karim Seksyen 9 Shah alam. Tapi disebabkan kekangan masa. So tak dapat la nak merasa cendol

https://www.youtube.com/watch?v=9yUgw1vO0Cs&t Ais Krim Kek boleh dikatakan ramai yang suka kerana rasanya yang tidak muak dan siapa yang tak suka ais krim kan?