Inspire Beverage Business

Search

Bisnes Kopi Hipster RM5 Mampu Jana Pendapatan 5 Angka

šŸ’¬ Share

Bermulanya era tahun 2018 rasanya sudah banyak dikalangan belia yang membuka kiosk menjual kopi ala-ala hipster dengan harga RM5 membuatkan ramai pelanggan yang datang pun tak putus-putus. Dengan adanya media social pada masa sekarang product Kopi Hipster ini mampu untuk diviralkan malah menjadi satu business yang berjaya jika kena dengan caranya. Tetapi bisnes ni memang tak rugi untuk dicuba dan ianya tak rumit seperti yang disangka.

Modal Kecil dan Peluang Perniagaan yang Meluas.

Dengan bermodalkan bawah RM5000 sahaja anda mampu membuka ā€œKIOSK KOPI HIPSTERS RM5ā€ anda. Dari Mesin Brew Kopi, Blander, SERBUK KOPI SERIES BY MIXLAH, meja, payung, banner dan barang-barang lain sudah cukup untuk anda bermula sebagai ā€œBARISTA JALANā€.

Dari segi minuman yang anda hendak jual guna sahaja SERBUK MINUMAN YANG PADU NI DARI MIX-LAH, terdapat pelbagai jenis minuman yang anda boleh buat seperti KOPI, COKLAT, VANILLA, GREEN TEA, STRAWBERRY dan macam-macam lagi tambah pula, dengan hiasan TOPPING dan Whipped Cream menaikan lagi selera untuk pelanggan membeli. Untuk menampakan anda seorang ā€œBARISTA JALANANā€ yang kretif dan Inovatif adalah bagaimana cara anda menyampaikan produk anda melalui packaging minuman anda.

KEDAI-KOPI-JALANAN

Bezanya packaging minuman adalah seperti penggunaan botol kaca dengan bentuk yang unik dan hipster atau yang guna gelas plastik bersaiz jumbo, terpulang kepada kreativiti anda dalam menarik pelanggan anda. Siapa yang tak nak mencuba sekiranya harga Ice Blended atau Minuman Kopi Hipster yang SEDAP DAN HARGA SERENDAH RM5 SAHAJA.Tak perlu lagi nak ke STARBUCK atau COFFEE BEAN dan membeli harganya yang dua kali ganda harganya dari KOPI HIPSTER RM5 ni.

Kalau nak kembangkan lagi perniagaan dan membina empayar yang gemilang sebagai ā€œBARISTA JALANANā€ ini, anda sangat lah disarankan menyertai event seperti Foodgasm dan FoodFestival yang mengumpulkan lebih 100 usahawan online untuk menggunakan event seperti ini sebagai medium untuk mempromosi bisnes mereka dan ianya diadakan secara tahunan.

Selain itu, anda juga perlu mempelajari ilmu pemasaran digital ini bagi memastikan ramai pelanggan mengenali bisnes dan penjenamaan anda.

Perniagaan Air Merupakan Potensi Perniagaan yang Positif

Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan bisnes ni, memang ada pelanggan tapi boleh maju ke? Tak nak lah duduk di takuk yang sama. Potensi bisnes ni sebenarnya sangat menyakinkan. Yang bagusnya, disebalikĀ BISNES KOPI HIPSTER RM5Ā ini didominasi oleh golongan muda yang hanya bermula kecil-kecilan tapi sekarang berjaya membuka lebih cawangan perniagaan meraka.

Dek kerana cuaca di Malaysia ni panas, ianya menjadi salah satu faktor utama kenapa bisnesĀ KOPI HIPSTER RM5Ā ini laris macam pisang goreng panas!

QOUTE-KOPI

Memang tak dinafikan, banyak sebenarnya kiosk yang menjual menu yang sama tapi semuanya bersaing dengan sihat dan mereka ni ada peminat yang tersendiri. Seperti mana perniagaan lain, tak dinafikan juga pengaruh media sosial memang kuat, usahawan bisnes sebegini memang kerap memuat naik status perniagaan mereka, penambahan atau perubahan menu serta promosi bulanan.

Dan disitu juga lah pelanggan dapat berinteraksi secara virtual dan memberikan komen mereka mengenai menu mahupun service supaya usahawan muda ni boleh menambah baik mutu perniagaan mereka dan terus berkembang.

Jangan lupa untuk FOLLOW kami diĀ FACEBOOK,Ā INSTAGRAMĀ dan jugaĀ SHOPEE

Keep Exploring

More F&B Business Guides & Recipes

Coming into the coffee culture, you’ll find yourself seeing these two words – ā€œFrappeā€ and ā€œFrappuccinoā€. Frappuccino may be more familiar thanks

https://www.youtube.com/watch?v=9yUgw1vO0Cs&t Ais Krim Kek boleh dikatakan ramai yang suka kerana rasanya yang tidak muak dan siapa yang tak suka ais krim kan?

https://www.youtube.com/watch?v=uThfJ_mtdDQTertiba terasa nak minum cendol Pak Karim Seksyen 9 Shah alam. Tapi disebabkan kekangan masa. So tak dapat la nak merasa cendol